Total Pageviews

Sunday, March 12, 2017

Coretan Whatsapp 13.08.2016 4.29 pagi

Segala pangkat dan kebaikan yang kamu perolehi janganlah kamu katakan datang dari kamu sendiri atau kepunyaan kamu sebenarnya, Jika kamu di beri sesuatu hal atau keadaan atau dinaikan kesesuatu taraf kedudukan, janganlah diceritakan kepada sesiapa. Kerana dalam pertukaran suasana dari hari ke hari itu, Allah menzahirkan keagunganNya dalam keadaan-keadaan yang sentiasa baru, dan Allah menyalangi antara hambaNya dgn hati-hati mereka. Boleh jadi apa yang kamu kata milik kamu itu akan dilepaskan dari kamu, dan apa yang kamu angap kekal itu boleh jadi bertukar keadaan, "Maka kamu akan merasa malu pada mereka yang kamu cakap itu" lebih baik kamu berdiam diri dan simpan dlm pengtahuan kamu saja dan tidak menyampaikan pada siapa. Jika kamu memiliki sesuatu, ketahuilah itu adalah kurnia Allah dan bersukurlah kepadaNya dan bermohonlah kepadaNya supaya ditambahi dgn nikmat-nimatNya. Jika sesuatu itu terlepas dari kamu, maka ianya akan menambahkan ilmu mu, kesedaran mu dan waspada mu. Allah berfirman:  Apa saja perutusan yang Kami batalkan atau kami jadikan ianya di lupakan, maka Kami bawa yang terlebih baik untuk yang seumpamanya. Adakah kamu tahu bahawa Allah berkuasa terhadap segala sesuatu? Oleh itu janganlah disangka Tuhan Allah itu tidak berkuasa dalam sesuatu perkara dan jangan disangka ada kekurangan dalam keTuhananNya dan peraturanNya serta jangan syak wasangka tentang janji~janjiNYA. (Sykh Abdul Qodir Jailani)

No comments:

Post a Comment